Tentang Kami
Richworks International Sdn Bhd
Richworks International Sdn. Bhd adalah Education Provider - penyedia bimbingan online virtual di Malaysia dalam bidang keusahawanan dan pemasaran.
Richworks telah melatih lebih daripada 10,000 syarikat melalui Master Coach Dr. Azizan Osman selama lebih 12 tahun sejak dari 2008, menarik lebih 650,000 peserta dalam lebih 1,500 seminar. Mereka telah membantu ribuan usahawan dan jutawan berjaya melalui cara mudah, realistik dan cara yang terbukti berjaya.
Berpengalaman dalam bidang pemasaran, kepimpinan bisnes dan peningkatan keusahawan, terutama di dalam kalangan syarikat kecil dan sederhana, Richworks pakar dalam membantu usahawan dan bisnes daripada kosong ke jutawan dalam masa 6 - 24 bulan melalui rekod yang telah terbukti, strategi bisnes dan program mentoring.
Visi Richworks adalah menjadi 'Netflix' untuk Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan pada tahun 2025 dengan akses mudah dengan kandungan berpaksikan keputusan dan penyelesaian yang dipercayai di platform online - Richworks.com untuk 'Inspire, Educate and Add Value' kepada komuniti di seluruh dunia.





