TERMA DAN SYARAT

Sebagai penyedia perkhidmatan pendidikan, RichWorks International Sdn Bhd (“Penyedia Perkhidmatan” or “RichWorks”) dengan ini menerima bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:-

1. Sebarang rakaman audio, visual, kamera atau seumpamanya TIDAK dibenarkan.

2. Semua bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi dalam platform ini adalah harta intelek Penyedia Perkhidmatan dan sebarang penggunaannya adalah tertakluk kepada undang-undang harta intelek iaitu dibawah Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cap Dagangan 2019. Dilarang sama sekali pengulangan cetak atau penerbitan atau penyebaran semula bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi yang digunakan.

3. Penyedia Perkhidmatan MELARANG anda atau mana-mana pihak daripada menyediakan modul, program atau latihan seumpamanya atau menggunakan nama dan kaedah seumpamanya tanpa kebenaran bertulis daripada Penyedia Perkhidmatan yang merupakan pemilik sah harta intelek. 


4. Anda mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang penggunaan platfom.

5. Had umur untuk melanggan adalah 16 tahun dan ke atas sahaja.

6. Dengan menggunakan dan mengakseskan platform ini atau ketika berinteraksi dengan pihak Penyedia Perkhidmatan, anda telah bersetuju Penyedia Perkhidmatan untuk menggunakan, mengumpul dan memproses data peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Anda juga telah bersetuju untuk membenarkan Penyedia Perkhidmatan menggunakan untuk tujuan rekod simpanan dan menerima promosi produk yang ditawarkan oleh Penyedia Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Bayaran

7. Yuran langganan adalah selama satu (1) tahun. Yuran langganan yang telah dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

8. Sekiranya anda memilih untuk membuat bayaran yuran langganan secara ansuran, sila pastikan yuran langganan bulanan dibuat pada tarikh yang sama pendaftaran anda pada setiap bulan untuk terus menikmati semua perkhidmatan yang disediakan. Kegagalan menjelaskan yuran langganan akan mengakibatkan akses platform anda dibekukan sehingga jumlah tertunggak dijelaskan.

Akses

9. Anda akan diberikan akses platform yang telah didaftarkan dan link akses tersebut adalah unik untuk anda sahaja. Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas link akses anda.

10. Anda dilarang untuk berkongsi link akses ini dengan orang lain atau menjual link akses tersebut.

11. Link akses anda akan dianggap telah diaktifkan pada kali pertama ianya digunakan.

12. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan semua kelengkapan adalah dalam keadaan terbaik untuk anda mengakses platform termasuklah rangkaian internet.

13. Tiada sebarang penggantian atau penundaan tempoh langganan platform dibenarkan selepas link akses diaktifkan.

14. Penyedia Perkhidmatan berhak membatalkan langganan anda sekiranya anda mengingkari atau melanggari mana-mana syarat penyertaan yang dinyatakan dengan serta-merta dan yuran penyertaan program tidak akan dikembalikan. Pihak Penyedia Perkhidmatan juga berhak mengambil tindakan undang-undang dan/atau menyenarai-hitamkan anda sekiranya anda didapati melanggari mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan di atas.